Dikuasakan oleh Blogger.

DIREKTORI PENTERNAK KAMBING & LEMBU MALAYSIA

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN TETAPI SILA GUNAKAN BAHASA YANG SOPAN.

PEMINAT KAMI @ JUTAWANTERNAK 2007- 2011

Kumpulan JutawanTernak 3 ulasan

BINTULU 25 Julai 2012 - Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) menerusi anak syarikatnya, PPES Ternak Sdn. Bhd. yakin dapat memenuhi permintaan bekalan lembu hidup dan daging segar menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Pengurus Besar SEDC, Soerdirman Aini berkata, ketibaan 1,498 ekor lembu dari ladang ternakannya di utara Australia awal pagi semalam adalah bagi memastikan bekalan daging lembu yang mencukupi sepanjang musim perayaan.

"Oleh itu kita harap umat Islam yang hendak menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha tidak risau kerana kita sudah melakukan perkara sepatutnya dan yakin bekalan adalah mencukupi dengan tibanya lebih 1,000 ekor lembu itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau aktiviti pemunggahan lembu ternakan tersebut di Pelabuhan Bintulu, di sini hari ini.

Kumpulan JutawanTernak 1 ulasan


ANAK lembu berkaki enam, Lilli di Weissenburg, Switzerland kelmarin.


GENEVA - Seekor anak lembu betina berkaki enam menyangkal ramalan doktor haiwan bahawa ia tidak akan dapat hidup lama.

Lilli yang kini berusia tujuh minggu menjadi selebriti di Switzerland selepas media tempatan menyiarkan gambar ia bermain-main di padang

Petani, Andreas Knutti dari Weissenburg yang terletak 30 kilometer ke selatan ibu kota Switzerland, Bern memberitahu, dia tidak sampai hati untuk menghapuskan anak lembu peliharaannya kerana ia bersemangat untuk hidup.

Dia memberitahu akhbar tempatan, Blick kelmarin bahawa kecacatan tulang belakang menyebabkan Lilly tidak dapat mengeluarkan susu seperti lembu susu lain.

Namun, kata Knutti, jika anak lembu itu kekal sihat, ia akan dibenarkan menyertai lembu-lembu lain di padang ragut pergunungan Alpine pada musim panas ini. - AGENSI

Kumpulan JutawanTernak 0 ulasan


Abdullah Hashim bersama kambing-kambing Boer miliknya di kandang haiwan di Kampung Ulu Pulai, Gelang Patah, Johor, baru-baru ini. UTUSAN/RAHIMAH MOHAMED.


NUSAJAYA 30 Mac - Daging kambing sedap dimakan, apatah lagi jika dipanggang atau dibakar.

Namun, bagi yang bercita-cita menjadi penternak kambing, pastikan anda sanggup menahan bau kurang enak haiwan tersebut.

Tetapi jika sudah minat, perkara itu bukan isu besar seperti yang ditunjukkan Abdullah Hashim, 37, yang sanggup berdepan cabaran bagi memastikan minat mendalam dalam bidang menternak kambing menjadi realiti.

Abdullah memberitahu, dia turut mendapat sokongan dan bantuan daripada RISDA sebanyak RM10,000 untuk membina kandang dan memulakan penternakan tiga tahun lalu dengan membeli 27 ekor lembu dari Pekan Nanas, Pontian dan Gelang Patah.

Saban hari dia memberi makan dan minum serta memantau perkembangan ternakannya bagi memastikan kambing-kambingnya sentiasa sihat.

"Saya memberi kambing makan hampas kulit kacang soya yang telah kering bersama rumput gajah atau napier," katanya kepada Utusan Malaysia semasa ditemui di kandang kambingnya di Kampung Ulu Pulai, Gelang Patah baru-baru ini.

Menurutnya, terdapat beberapa jenis makanan kambing dalam pasaran, tetapi yang paling baik adalah berasaskan kacang soya, manakala makanan popular pula adalah rumput napier.

Berkat kegigihan Abdullah, Jabatan Veterinar Daerah Pontian baru-baru ini turut menyumbang 11 ekor kambing Boer kepadanya.

"Ini adalah sebagai permulaan dan apabila kambing itu melahirkan anak, maka anak-anaknya akan diserahkan kembali kepada jabatan itu sehingga mencukupi 11 ekor semula," katanya.

Abdullah memberitahu, bagi mengelakkan ternakannya berbau dan mudah dijangkiti penyakit, dia akan memandikan haiwan berkenaan dua kali seminggu.

Selain mempunyai bulu yang lebih tebal, kambing Boer juga memiliki tulang yang lebih tebal berbanding kambing jenis lain serta daging lebih banyak berbanding kambing jenis lain.

Bapa kepada tiga orang cahaya mata itu kini mampu menarik nafas lega kerana usaha gigihnya kini semakin menampakkan hasil dan menerima tempahan daripada pelanggan.

"Saya turut menyediakan kambing untuk akikah iaitu dengan kadar harga RM700 hingga RM800 seekor," katanya.

Kumpulan JutawanTernak 0 ulasan

bar DJOHAN SHAHRIN SHAH


ZAINAL berhubung rapat dengan pekerjanya bagi memastikan pengurusan ladang berjalan lancar.


MUNGKIN sesuai dikatakan, Ladang BoDen yang terletak di Kampung Serting Ilir, Negeri Sembilan merupakan ladang ternakan kambing Boer pertama menggunakan pendekatan pengurusan secara korporat.

Kedengaran agak canggih dan mungkin juga rumit, namun bagi Ketua Eksekutif ladang itu, Zainal Abd. Ghani, kaedah tersebut cukup berkesan.

''Sebelum membuka ladang ternakan, saya ada menjalankan kajian mengenai perniagaan ini. Apa yang saya dapati, kebanyakan usahawan tidak menerima kentungan yang memberangsangkan.

''Justeru, saya cuba mencari alternatif menyesuaikan operasi pengurusan korporat dengan sistem perniagaan penternakan,'' katanya.

Bercerita mengenai pelaksanaannya, Zainal memberitahu dia amat menitikberatkan penyediaan persekitaran kerja yang kondusif dan selesa.

Dengan cara itu menurutnya, para pekerja boleh melakukan tugas dengan selesa sekali gus dapat mempertingkatkan produktiviti.

''Selain keselesaan haiwan ternakan, saya juga mengambil berat tentang kebajikan pekerja-pekerja dengan menyediakan ruang kerja yang luas, tidak panas, ada laluan angin dan diceriakan dengan penanaman pokok-pokok,'' jelasnya.

Di samping itu, setiap urusan pengendalian ladang ada prosedur operasi piawai (SOP) secara khusus dalam usaha meningkatkan kualiti penghasilan baka.

Sebagai contoh, sistem pemakanan ternakan akan diubah tiga minggu sebelum haiwan ternakan memasuki fasa pembuntingan.

''Ini kerana kita mempunyai sasaran meningkatkan kadar kelahiran anak kembar. Dahulu kadar tersebut hanya 25 peratus dan tahun lalu mengalami peningkatan kepada 60 peratus.

''Menerusi sistem SOP juga, kadar kehidupan untuk setiap kelahiran juga dapat dipertingkatkan kepada 90 peratus,'' jelasnya.

Sistem itu turut membantu haiwan ternakan mencapai tahap matang dengan lebih cepat daripada jangka waktu biasa supaya dapt dijual terus atau dijadikan baka.

Kelebihan itu mampu memberi penjimatan daripada segi kos penjagaan dan menggandakan keuntungan.

''Kambing Boer jantan mencapai tahap matang apabila beratnya mencecah 120 kilogram (kg) dan betina 80 kg dengan nisbah daging dan tulang 60:40,'' katanya.

Sesuatu yang unik dalam operasi pengurusan Ladang BoDen adalah pada teknologi memberi minuman kepada haiwan ternakan iaitu menggunakan sistem puting yang disambungkan terus kepada tangki air.

Ia berbeza daripada sistem konvensional pemberian air di dalam takungan baldi di mana ia perlu dicuci dan airnya diganti empat kali sehari.

''Melalui aplikasi sistem ini, ia dapat menjimatkan kos dan juga masa bekerja kakitangan dalam sehari.

''Kelebihan lainnya, ubat anti tekanan dan vitamin boleh dimasukkan terus ke dalam tangki air minuman ini,'' katanya.

Bagi memastikan kawasan ternakan bersih dan bebas daripada bau, ladang ini menggunakan sietm penapisan khas yang diletakkan di bawah kandang.

Lubang sedalam satu meter akan digali di bawah kandang dengan bahagian atasnya diletakkan pasir dan batu-batu kasar yang bertindak sebagai penapis.

Sistem itu membenarkan cecair daripada najis haiwan ternakan mengalir ke dalam lubang saliran dan tinja akan dibiarkan kering di bahagian atas sebelum dikumpul menggunakan mesin blower untuk dijadikan baja kompos.

Ladang tersebut mampu menghasilkan lima tan kompos dalam masa seminggu dan dijual dengan harga RM600 satu tan.

Daripada segi pasaran pula, kambing-kambing Boer matang akan dijual kepada agen-agen khas yang untuk daging dan kepada ladang-ladang ternakan lain untuk tujuan pembiakbakaan.

Bagi kambing pedaging, ia dijual dengan harga RM15 sekilo sementara bagi baka, harganya dalam lingkungan RM1,600 hingga RM2,500 bergantung kepada gred dan ketulenan baka.

Kumpulan JutawanTernak 1 ulasan


Lamjari Sharif Tawang akan 'melayan' kambing ternakannya pada waktu pagi dan petang.


KOTA BELUD 28 Sept. - Pernah dikatakan oleh orang tua-tua bahawa di kawasan Pantai Emas di sini yang kini menjadi perkampungan nelayan, mendapat nama kerana kononnya pada suatu masa dahulu ketulan-ketulan emas sering ditemui di pesisiran pantainya yang putih melepak.

Kini ketulan-ketulan emas tidak lagi ditemui, atau mungkin ia sekadar mitos sahaja, namun bentuk emas lain pula muncul apabila beberapa industri kecil dan sederhana (IKS) berasaskan produk laut telah mendatangkan hasil lumayan kepada penduduknya.

Selain produk laut, terdapat juga industri lain yang turut menyinari kehidupan masyarakat di sana iaitu industri penternakan Kausar Farm diusahakan oleh seorang belia, Lamjari Sharif Tawang.

Bermula pada 2005 bermodalkan RM8,000, Lamjari, 34, mengusahakan tanah seluas 3 hektar untuk penternakan kambing.

Daripada hanya tiga ekor kambing dan dua buah kandang kecil, saban tahun hasil dan pendapatannya semakin meningkat, kambing pula semakin membiak, kandang juga terpaksa dibesarkan bagi menampung permintaan.

"Selain minat dalam perniagaan, saya ingin membuktikan kepada para belia bahawa hidup di kampung pun boleh mendapat hasil lumayan asalkan dapat memanfaatkan sumber sedia ada dengan baik," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di ladangnya di sini, baru-baru ini.

Sebelum menjadi penternak, Lamjari adalah fasilitator di Biro Tata Negara (BTN) tetapi dalam masa yang sama turut aktif dalam dalam perniagaan jualan langsung (MLM) secara sambilan sehingga membawanya melawat ke Brunei, Sarawak dan beberapa buah negeri di Semenanjung.

Pengalamannya dalam perniagaan MLM telah membuka matanya untuk menerokai peluang perniagaan lebih luas, terutama penternakan dengan mengadaptasikan konsep MLM itu.

"Konsepnya hampir sama, cuma yang berbeza ialah di dalam MLM kita mencari orang bawahan dan berurusan dengan kerenah manusia, sedangkan dalam penternakan kambing, hasil datang sendiri setiap lapan bulan," katanya sambil tersenyum.

Bermula dengan hanya tiga ekor kambing, bilangan ternakannya terus bertambah sehingga 300 ekor pada 2008 tetapi terpaksa dikurangkan secara berperingkat kepada 150 ekor bagi menjaga kualiti dan kemudahan penyeliaan.

"Saya realisasikan apa yang bermain dalam fikiran saya dan ternyata keputusan saya bersara awal dari jabatan kerajaan untuk menceburkan diri dalam bidang ini sungguh berbaloi," tambahnya.

Di Kausar Farm, seekor kambing berusia sembilan bulan ke atas sudah boleh dijual kepada pelanggan. Untuk tujuan akikah dan korban, seekor kambing dijual dengan harga RM530 ke RM650 manakala untuk tujuan baka, ia dijual dengan harga RM800 ke RM1,500.

Sepanjang tahun lalu sahaja, Kausar Farm menjana pendapatan bersih lebih kurang RM30,000 hasil daripada aktiviti penjualan ternakan itu.

"Perniagaan ini tidak mempunyai saingan langsung, malah saya kadang-kadang tidak sempat mempromosikan ternakan apabila kebanyakan pembeli terus datang ke sini untuk menempahnya," ujarnya.

Jika dibandingkan dengan baka lain, kambing Boer dan Feral yang diternak di Kausar Farm mempunyai kelebihan tersendiri. Baka ini membesar dengan cepat dan mampu mencecah sehingga 30 kilogram dalam masa lapan bulan.

Setiap hari, pekerja-pekerja Kausar Farm akan memotong rumput jenis Napier dan Satria di kawasan ladang untuk diproses sebagai makanan asas ternakan sementara isirung kelapa sawit dan habuk padi menjadi makanan tambahan yang baik kepada ternakan itu.

"Saya menggaji dua orang pekerja di sini, khusus untuk menyelenggara dan membersihkan kandang serta memberi makan kambing setiap hari, selain menanam rumput untuk kegunaan sendiri," jelas Lamjari yang menjadi ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Kota Belud, Unit Pantai Emas.

Lamjar menerima anugerah High Achievers yang disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPN) di Kota Kinabalu pada 2008 atas daya usaha dan ketekunannya dalam bidang diceburi.

Kini Kausar Farm mempunyai tiga buah kandang dan sebuah stor peralatan ladang terus mengorak langkah dengan membuka ladang lembu tenusu di atas tapak seluas lima hektar, di sebuah kawasan di Pantai Emas dengan 20 ekor lembu tenusu sebagai permulaan.

"Para belia seharusnya tidak perlu berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan, hanya dengan fikiran kreatif dan aset yang ada di kampung, kita boleh mencipta pekerjaan yang lebih menguntungkan, lebih terjamin dan lebih efisien," katanya.

Kumpulan JutawanTernak 0 ulasan


PEKERJA Cosmopal memberi makanan kepada kambing ternakan.


MARANG 9 Okt. – Bukan satu keputusan yang mudah buat Zainudin Zakaria, 58, meninggalkan kerjaya dalam sektor hartanah di Kuala Lumpur dan pulang semula ke kampung, semata-mata mahu menternak kambing.

Ramai rakan Zainudin menganggap langkah yang diambil olehnya hanya sia-sia belaka dan tidak ada masa depan.

Ini kerana, dia ialah pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentabiran Perniagaan dari Universiti Greenwich Australia dan pernah bertugas sebagai pegawai di Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu.

Beliau meninggalkan kerjayanya pada 2005 untuk bergiat sepenuh masa membangunkan Cosmopal Sdn. Bhd. dengan permulaan yang sangat sederhana, cuma 40 ekor kambing di kawasan seluas 8 hektar di Kampug Serating yang disewa dengan Jabatan Pertanian.

Tindakan suami kepada Zaiton Zakaria, 57, itu turut disambut gelaran sebagai ‘hamba kambing’ apabila beliau mula menghabiskan masa di kawasan itu yang berada dalam Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM).

Usaha untuk terjun dalam bidang itu diragui tetapi Zainudin yang mahu membuktikan beliau tidak tersilap langkah menegaskan:

“Saya tahu apa yang saya buat. Sebelum berhenti kerja, saya bukan sahaja membaca banyak buku dan majalah, malah turut hadiri pelbagai kursus bagi mendalami ilmu berkaitan penternakan.

“Memang mengambil masa, malah saya juga membuat lawatan ke luar negara untuk melihat sendiri kelebihan serta cabaran dalam bidang ternakan ini. Permulaannya juga sukar,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Bermula dengan sebuah kandang, beliau membeli kambing jenis Jamnapari dan Boer dari Indonesia dengan berbekalkan keyakinan bahawa ternakan kambing baka adalah perusahaan yang menguntungkan serta mampu memberi pulangan yang cepat.

Dua tahun selepas itu, ladang tersebut dibesarkan dengan modal RM100,000 bagi menampung sembilan kandang yang mampu memuatkan lebih 2,200 ekor dalam satu-satu masa dan sehingga kini, lebih 10,000 ekor telah dijual.

Pada asalnya, Cosmopal hanya aktif dalam pengimport, pengedar dan juga penternak kambing baka serta menjadi pembekal daging kambing kepada pasaran dalam negara, khususnya di negeri-negeri Pantai Timur.

“Melihat kepada prospek yang ada, kami meluaskan aktiviti kepada pengeluaran susu segar dan menghasilkan baja organik daripada najis atau tinja kambing yang dicampurkan ramuan lain pada 2006.

“Aktiviti sampingan itu bagi memaksimumkan pendapatan serta mewujudkan peluang kerja bagi membantu masyarakat setempat yang berpendapatan rendah,” katanya.


Golongan orang kurang upaya tekun menghasilkan barangan kulit berasaskan kulit kambing menerusi syarikat Trg Leather Sdn. Bhd. di Kampung Serating, Marang, Terengganu,


Langkah demi langkah, Zainudin pergi lebih jauh dengan menubuhkan syarikat Trg Leather Sdn. Bhd. pada 2008 bagi menerokai pembuatan barangan kulit berasaskan kulit kambing.

Dia mendapat bekalan bahan mentah dari Indonesia dan lebih 15 jenis produk dihasilkan seperti jaket, topi, beg serbaguna, tali pinggan, beg duit dan cenderamata dengan dibantu 10 kakitangan termasuk beberapa orang kurang upaya dalam aspek jahitan.

“Sambutan cukup baik, selain mengadakan promosi ke Dubai, United Kingdom dan Australia, kami sasarkan beberapa negara di Timur Tengah untuk pasaran produk berkualiti yang jauh lebih murah berbanding produk keluaran negara lain.

“Ditambah pula dengan pengiktirafan persijilan halal pertama di Malaysia daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) pada April 2011, kami yakin produk itu ada peminat tersendiri,” katanya yang kini menetap di Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu.

Kini Cosmopal menyasarkan untuk menternak 10,000 ekor kambing dalam satu masa dalam kawasan yang diperluaskan kepada 32 hektar dan pada masa sama merancang menggerakkan program inap desa di ladangnya.

“Di sini terdapat kawasan menghijau, pelbagai aktiviti boleh dilakukan dan produk berkaitan ternakan disediakan, amat sesuai mewujudkan program inap desa. Selain itu, penunjung juga boleh memancing di kolam ikan air tawar di sini,” katanya.

Katanya, dia bersyukur mempunyai isteri dan anak-anak yang sering memberi dorongan dan semangat kepada dirinya.

Selain dibantu isteri, tiga anaknya yang kesemuanya lulusan dari universiti di United Kingdom turut terlibat menggerakkan syarikat iaitu Zaitul Afiza, 31, Mohd. Amir Hafiz, 27, Mohd. Hilmi, 21,

Menurut Zainudin, dengan kerjasama Jabatan Veterinar dan Jabatan Pertanian, Cosmopal turut terlibat dalam penganjuran kursus kepada penternak lain dengan kemudahan asrama di ladang itu.

“Kursus seperti penyembelihan halal, pekerja ladang ruminan dan penyelia ladang ruminan memakan masa antara seminggu hingga tiga bulan. Peserta kursus akan diberikan sijil yang diiktiraf oleh Jabatan Kemahiran Malaysia,” katanya.

Selain menjadi ladang contoh kepada penternak lain, Zainudin mahu mempelopori sistem penternakan kambing lengkap di mana semua produk berasaskan kambing dihasilkan di ladang.

Terbaru, usahasama Cosmopal dengan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU), sebuah restoran berasaskan masakan kambing, T’Cafe Cosmopal di Kelulut, Marang telah beroperasi sejak kira-kira dua bulan lalu.

“Selain mempromosi masakan berasaskan daging dan tulang kambing, restoran yang bakal dibuka di setiap daerah ini turut mendidik masyarakat mengenai cara menghasilkan masakan kambing yang betul,” katanya.

Atas usaha gigih itu, Cosmopal turut mendapat banyak pengiktirafan seperti Anugerah Usahawan Penternak Ruminan Jaya peringkat kebangsaan 2008, Anugerah Usahawan Terengganu 2009 dan Anugerah Inovasi Teknologi Pertanian dan Industri Asas Tani peringkat negeri 2011.

Kumpulan JutawanTernak 3 ulasan


MOhd. Nasir menternak pelbagai jenis kambing dan biri-biri untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan.


PERTANIAN bagaikan sudah menjadi darah daging Mohd. Nasir Samat. Bermula dengan ladang sayur yang terletak di Astana Raja, Negeri Sembilan ia kemudian berkembang kepada ladang ternakan dan sayuran di Kota Rembau dan ladang ternakan biri-biri di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Hasil kerja keras kini ladangnya di Kota, Rembau mempunyai 200 ekor induk biri-biri, 30 ekor induk kambing, 80 ekor induk lembu, lebih 20,000 ekor ikan keli dalam enam buah kolam tanah dan 25 ekar ladang sayuran.

Apa yang menarik ladang yang diusahakan Mohd. Nasir Samat itu melaksanakan sistem integrasi sepenuhnya segala bahan yang terdapat di dalam ladang.

Semua sisa pertanian digunakan semula melalui amalan kitar semula dengan sasaran sisa sifar. Misalnya, sisa ternakan diproses menjadi baja sebelum diletakkan di kebun sayur-sayuran di ladangnya.

Ini bagi mengurangkan penggunaan baja kimia selain ternakan kambing dapat mengawal rumpai dan mengurangkan penggunaan racun.

Apa yang menarik, bekas kontraktor itu kini berjaya mengisi ladangnya dengan pelbagai jenis biri-biri.

Malah, dia sedang mencongak untuk mengubah ternakan biri-biri tersebut kepada baka Dorper.

Amat mementingkan kepuasan pelanggan, Mohd. Nasir sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk ternakan terutama dalam makanan yang bermutu dan berkhasiat bagi mendapatkan karkas yang terbaik bagi pelanggan.

Untuk tujuan itu, dia menanam jagung sebagai makanan biri-biri selain memproses makanan sendiri sebagai satu kaedah mengurangkan kos makanan

Dia bertekad menghasilkan makanan ternakan sendiri selepas belajar daripada pengalaman awal dahulu ketika memulakan projek ternakan.

Ketika itu, terdapat ternakannya mati akibat makanan yang tercemar.

Kajian ke atas bangkai ternakan yang dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mendapati palet yang digunakan telah berkulat mungkin terlalu lama disimpan.

Kes tersebut mendorong Mohd. Nasir menggunakan formula sendiri bagi menghasilkan makanan ternakan menggunakan campuran palet hancur, soya, molases, bawang putih, halia, kunyit dan mas cotek.

“Ini merupakan makanan utama selain rumput Napier sebagai makanan sampingan dan rumput di sekitar kawasan ladang,” katanya.

Makanan biri-biri daripada rumusan sendiri dan rumput Napier sebanyak empat kilogram (kg) seekor sehari dapat meningkatkan berat badan biri-biri sehingga 300 gram sehari seekor.

Sementara itu bagi meningkatkan pembiakbakaan, Mohd. Nasir mendapatkan khidmat nasihat dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang mana anak biri-biri jantan berusia dua hingga empat bulan yang telah bercerai susu dihantar ke ladang penggemuk dan diberi makan palet (creep feed) 100 gram seekor sehari.

Pada mulanya, Mohd. Nasir memelihara 42 ekor biri-biri pada peringkat pertama yang hampir matang dengan formulasi makanan menghasilkan peningkatan berat badan antara 150 hingga 200 gram seekor sehari.

“Kebanyakan Dorper betina yang saya pelihara ketika itu telah bunting dan hanya menunggu masa untuk beranak.

“Kebiasaannya ibu biri-biri bunting akan dibiarkan meragut sebagai satu senaman,” katanya.

Anak-anak yang dilahirkan mempunyai berat badan purata lima kg dengan peningkatan berat badan 250 gram sehari seekor.

Mohd. Nasir berkata, biri-biri Dorper menjadi pilihan kerana karkasnya meliputi 48 hingga 50 peratus berat badannya.

Bagi melicinkan operasi ladangnya di tanah seluas 51 ekar dengan 80 peratus merupakan padang ragut, dia menggajikan enam orang pekerja iaitu empat pekerja asing dan dua orang rakyat tempatan yang bekerja sepenuh masa serta tiga orang separuh masa.

Di atas tanah tersebut terdapat sebuah kandang transit seluas 20 kaki x 30 kaki bagi tujuan kuarantin atau biosekuriti sebelum biri-biri yang baru sampai dilepaskan ke ladang ternakan umum.

Kapasiti penuh ladang boleh memuatkan sehingga 7,000 ekor biri-biri dengan lebih 400 ekor satu kandang.

Anak baru lahir akan berada dengan ibu sekurang-kurangnya selama 72 jam bagi mendapatkan susu awal atau kolostrum manakala pembiakan boleh dijalankan sebanyak tiga kali setahun.

Selepas itu anak biri-biri akan diberikan makanan khas (creep feed) dengan 20 peratus lebih protein.

Biasanya biri-biri berusia enam bulan telah mula dijual untuk sembelihan kerana kandungan kolestrol dan lemak yang rendah serta tinggi kandungan protein.

Manakala harga yang berpatutan memberikan peluang kepada masyarakat kelas menengah dan tinggi menikmatinya.

Kini ladang ternakan milik Mohd.Nasir berupaya mengeluarkan sehingga 60 ekor biri-biri sembelihan sebulan.

Memandangkan sambutan terhadap biri-biri Dorper semakin menggalakkan, beliau merancang membuat pusat latihan untuk orang kampung dalam kumpulan kecil.

Nasir meminati biri-biri kepada Dorper kerana saiz karkas lebih besar, peningkatan berat badan lebih tinggi boleh dijual pada usia enam bulan, pengurusan ternakan mudah dan jimat daging yang lunak dan lembut

Bagi tujuan pemasaran Nasir mempunyai kedai konsep yang menjual makanan berasaskan daging di Senawang, Negeri Sembilan dan beliau sedang merancang membina sebuah lagi kedai konsep di kawasan Damansara, Selangor.

Kumpulan JutawanTernak 1 ulasan

Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT) dijangka dapat membekal 10,000 ekor kambing bagi menampung keperluan daging haiwan itu menjelang 2015.

Pengarahnya, Samsudin Mat Rani berkata, bagi mencapai sasaran itu, pihaknya akan berusaha menarik penglibatan 250 penternak untuk menjalankan projek secara komersial.

Menurut beliau, kini terdapat 144 penternak kecil atau tradisional dengan jumlah ternakan kira-kira 3,500 ekor kambing di seluruh negeri di bawah bimbingan PPNT.

Katanya, bagi membantu penternak kecil mengembangkan usaha mereka dan menambah bilangan penternak, PPNT mempunyai Tabung Pembangunan Usahawan Peladang untuk membantu.

"Tahun ini RM400,000 diluluskan untuk tujuan itu,'' katanya selepas merasmikan Latihan Hand-On Penternakan Kambing Beor (Modul 1) di PPNT, di sini hari ini.

Seramai 40 peserta kursus sehari anjuran PPNT dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Katanya, melalui tabung tersebut penternak boleh memohon sehingga RM50,000 bagi memperluaskan ternakan mereka dengan kadar bayaran balik yang rendah.

"Adalah menjadi hasrat PPNT untuk melihat penternak yang sedia ada dapat memperbesarkan saiz ternakan bagi membantu menampung pengeluaran daging negeri yang sentiasa meningkat,'' katanya.

Samsudin berkata, PPNT sentiasa bekerjasama dengan MARDI untuk memberi khidmat nasihat dan menggalakkan mereka mengguna pakai teknologi atau kaedah yang disyorkan.

Menurut beliau, antaranya termasuklah mengamalkan amalan pertanian yang baik, terutama daripada segi pengurusan makanan dan pengawalan penyakit secara teratur bagi memastikan pengeluaran daging ditingkatkan serta bermutu tinggi.

Beliau berkata, di peringkat awal penternak terbabit dibantu dengan diberikan baka sebanyak 20 ekor, manakala kandang disediakan oleh penternak sendiri.

Kumpulan JutawanTernak 1 ulasan


Memilih baka menggunakan kemahiran pengamatan turut diajar oleh MARDI kepada para penternak kambing Boer di Jeram Pasu, Pasir Puteh, baru-baru ini.


PASIR PUTEH 27 Feb. - Kambing Boer kini dianggap sebagai haiwan ternakan eksklusif kerana harganya yang mahal, selain menunjukkan keupayaan dan status pemiliknya.

Harga baka bagi seekor anak kambing Boer ialah RM800 hingga RM1,200 manakala induk kambing Boer import betina pula mencecah antara RM900 hingga RM2,000 sekor bergantung pada umur dan berat.

Sementara harga daging kambing pula sekitar RM18 hingga RM20 sekilogram dan ia ditimbang semasa hidup.

Semahal mana pun harganya, ia tetap menarik minat dan mendapat perhatian petani yang berlumba-lumba untuk menternak.

Ini kerana, hasil pulangan yang cukup menguntungkan daripada jualan baka baharu iaitu anak kambing, induk, susu dan dagingnya.

Baru-baru ini, 40 petani di daerah ini telah menyertai kursus dan latihan amali penternakan haiwan berkenaan di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) di Jeram Pasu, Padang Pak Amat dekat sini untuk mendalami pelbagai aspek ilmu berkaitan pengurusan ladang kambing Boer secara komersial.

Pembangunan teknologi hasil penyelidikan MARDI yang diperturunkan kepada petani terlibat diharapkan terhasilnya kumpulan penggerak untuk mengembangkan industri penternakan komersial baka dan daging kambing Boer bermutu tinggi di Kelantan pada masa akan datang.

Timbalan Pengarah Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi MARDI, Dr. Mohmad Mustafa berkata, sejarah kambing Boer di negara ini bermula lebih 10 tahun lalu selepas MARDI membawa masuk kambing Pedigree dari Afrika Selatan dan kemudiannya mengimport kambing Boer fullblood dari Australia hasil embrio yang diimport dari Afrika Selatan atau pembiakan pejantan dan induk betina Boer yang warisannya dari Afrika Selatan.

"Bagi meningkatkan kualiti kambing, pada 2004, MARDI sekali lagi membawa masuk kambing Boer daripada spesies yang sama dari Republik Malawi dengan menternak mengikut piawaian yang disyorkan di ladang nukleus MARDI khusus untuk penghasilan baka berkualiti.

"Biarpun penternakan kambing Boer telah lama di negara ini, namun kita masih belum mempunyai ladang stud atau baka tulen dan hanya MARDI yang terlibat dalam ladang nukleus.

"Sehingga sekarang MARDI menjalankan tanggungjawab untuk mendidik penternak mencapai tahap penternakan yang menggunakan teknologi moden untuk mengubah kaedah lama iaitu sara diri atau sekadar hobi yang kurang menguntungkan," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Mohmad berkata, pemerhatian dan kajian yang dijalankan oleh MARDI menunjukkan, kambing Boer mempunyai prestasi yang tinggi daripada segi pertumbuhan dan pengeluaran daging dan mampu diusahakan petani bagi memenuhi permintaan domestik yang semakin meningkat.

Beliau berkata, penternak perlu belajar kelebihan dan keperluan dalam segi pemakanan bagi membolehkan kambing membesar sehingga 300 hingga 400 gram sehari atau sehingga 12 kilogram sebulan.

Malah petani juga perlu menguasai kemahiran mengawal penyakit, memilih baka yang baik, pengurusan kandang dan ladang makanan, penghasilan silaj (rumput yang diperam) serta cara untuk menggalakkan proses pembiakan kambing Boer, katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Penternak Kambing Kelantan, Wan Ismail Wan Mat berkata, pendedahan dan pendidikan secara percuma yang diberikan oleh MARDI adalah peluang yang seharusnya direbut oleh para petani yang ingin tampil sebagai usahawan ternakan kambing yang berjaya.

Menurutnya, ramai yang berminat menternak kambing Boer, tetapi kebanyakannya tidak menjurus kepada projek komersial disebabkan kurang pengetahuan dan maklumat berkaitan.

Justeru katanya, pihak persatuan akan mengembangkan ilmu yang dipelajari kepada 70 ahlinya selain mengenal pasti 225 petani yang pernah mendapat bantuan sebanyak RM10,000 daripada Pejabat Pertanian Kelantan menerusi Program Jihad Ternak yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri pada 2007, supaya mengusaha kembali projek penternakan kambing dengan kaedah lebih sistematik.

"Persatuan akan bekerjasama dengan pelbagai agensi pertanian dari aspek keperluan kepakaran dan teknologi yang perlu untuk dikembangkan di peringkat akar umbi kerana keseluruhan anggota persatuan ini adalah penternak kambing," katanya.

Wan Ismail berkata, ilmu membiakkan kambing yang diperincikan secara mendalam seperti pembiakan antara jantan dan betina yang mempunyai hubungan persaudaraan dekat dan jauh, pembiakan antara baka kambing sama tetapi lain keturunan, pembiakan berlainan baka, kaedah menyeragam pusingan estrus sekumpulan kambing dan mengesan kambing mengandung dengan cara Scanning Ultra Sound adalah teknologi baharu yang membantu petani untuk maju dalam sektor penternakan kambing.

Dalam pada itu, seorang petani dari Sungai Peria, Kuala Krai, Salleh Ong Abdullah, 55, berkata, kepelbagaian usaha perlu dilakukan di ladang ternakannya bagi menjimatkan kos.

Pada masa yang sama katanya, ia memberi keuntungan lebih, berbanding melaksanakan penternakan tanpa menggunakan teknologi pertanian yang disyorkan oleh MARDI.

"Saya bermula dengan 15 ekor kambing sejak empat tahun lalu dan kini berjaya mengekalkan 106 ekor induk.

"Kambing yang diternak dijual secara timbangan dengan mendapat permintaan yang tinggi sama ada untuk dijadikan baka atau untuk disembelih bagi tujuan kenduri. Saya bersyukur kerana hasil usaha sejak sekian lama mampu memberi pulangan RM30,000 setahun," katanya.

Selain mendapat maklumat terkini, Salleh Ong berkata, teknologi untuk menghasilkan silaj (tumbuhan yang dijeruk) boleh dipelajari di MARDI di mana sisa tanaman jagung dipotong semasa berusia 60 hari selepas hasilnya dituai, bagi mengurangkan kos makanan ternakan itu.

"Sisa tanaman itu dipotong pendek antara 3 hingga 15 sentimeter menggunakan mesin pemotong, dimasuk dan dipadakan dalam dram plastik yang dialas dengan plastik sepenuhnya mengikut kaedah yang syorkan," jelasnya.

Kumpulan JutawanTernak 0 ulasan


Hijasi Abdullah meninjau lembu-lembu yang telah ditempah pelanggan bagi sambutan Hari Raya Korban.


BERMULA hanya seekor lembu tenusu, kini Hijasi Abdullah, 60, berbangga dengan projek ternakannya yang berkonsepkan - dari ladang terus meja makan.

Lembu tenusu yang dinamakan Baby yang dibeli lebih 20 tahun lalu, tanpa diduga telah merintis jalan lebih luas dengan prospek projek ternakannya yang kini menampakkan sinar kejayaan.

Kejayaan itu pula telah membuka lembaran baru bagi Hijasi, isterinya Siti Umaiyah Kassim, 54 serta anak-anak beliau dalam mengubah nasib mereka.

Masakan tidak, ketika itu, Hijasi yang bekerja sebagai pemandu lori tangki bersama-sama isteri dan dibantu anak-anak hanya memelihara dan menjual susu lembu.

Bagaimanapun, susu lembu yang sukar mencapai piawaian akibat kekurangan kawasan ragut menyebabkan keluarga ini menjadi penjual daging lembu di pasar tani di Shah Alam, Selangor.

Pasar tani anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) boleh disifatkan sebagai langkah permulaan bagi membangunkan ekonomi keluarga Hijasi.

“Selepas lembu tenusu sukar mendapatkan pulangan balik, kami mula membeli lembu dan memelihara secara fidlot sebelum menyembelih dan menjualnya selepas dipelihara selama 60 hingga 90 hari,” kata anak Hijasi yang kini menguruskan Perniagaan Hijasi Enterprise, Akmaluddin Hijasi atau lebih mesra dengan panggilan Amal.

Amal berkata, seekor lembu makan rumput dan palet dalam nisbah 1:1 dan biasanya seekor lembu memakan 10 hingga 12 kilogram palet sehari bagi tempoh 30 hingga 60 hari.

Makanan lembu akan bertambah selepas tempoh berkenaan dan kos akan meningkat jika terus dipelihara.

Lembu yang dipelihara dipastikan mendapat makanan secukupnya selain dimandikan dua kali sehari bagi memastikan ternakan bersih dan tidak terdedah kepada sebarang jangkitan.

“Bagaimanapun apabila terdapat jangkitan, kami terpaksa membeli ubatan yang menelan kos tinggi melebihi RM5,000 bagi satu-satu musim,” katanya.

Amal berkata, biasanya lembu disembelih dua kali seminggu pada Rabu dan Sabtu bagi mendapatkan berat daging lebih satu tan bagi jualan di pasar tani dan agrobazaar di Shah Alam.

“Kami menjual daging dan kadang kala tulang yang kurang mendapat sambutan kami buat sup untuk makan sendiri.

“Memikirkan tulang lembu yang banyak, emak membuat sup dan mempromosikan sup gearbox di pasar tani Shah Alam sebelum kami menjualnya,” katanya.

Kini sup gearbox Perniagaan Hijasi telah menjadi sebagai satu hidangan istimewa di pasar tani Shah Alam.

Menjelang musim perayaan sama ada Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Korban merupakan waktu paling sibuk bagi keluarga berkenaan.

Kini di tanah seluas dua ekar di Rantau Panjang, Klang, Selangor terdapat lebih 100 ekor lembu dan kambing yang sedia untuk tujuan korban dan akikah.

“Kebanyakan lembu dan kambing di sini telah ditempah oleh pelanggan tetap kami,” katanya sambil menunjukkan ke arah kandang yang penuh dengan lembu dan kambing.

Jika dulu, Amal membeli lembu dari syarikat swasta tetapi kini tugasnya lebih mudah apabila FAMA membantu membekalkan lembu bagi tujuan fidlot.

Bagaimanapun dulu Amal yang cerewet memilih lembu menyebabkan kadang-kala beliau pulang dengan tangan kosong dari tempat penjualan lembu.

“Saya pastikan lembu yang dibeli sihat dan sempurna sebab ini penting bagi kepuasan pelanggan terutama bagi korban dan akikah,” katanya.

Biasanya menjelang musim perayaan lembu-lembunya habis ditempah oleh pelanggan yang kebanyakannya telah menjadi pelanggan tetapnya.

Amal berkata, bagi mengurangkan kos makanan, pihaknya menanam rumput napier di tanah seluas tujuh ekar.

Tidak hanya bergantung semata-mata kepada lembu fidlot, Amal mempunyai ladang di Slim River, Perak bagi menempatkan lembu-lembu untuk tujuan pembiak bakaan.

Selain itu keluarga berkenaan juga mengusahakan ternakan biri-biri, tanaman pisang tanduk dan sawit.

Malah sebagai perusahaan keluarga, Hijasi dan Amal sentiasa berusaha mengembangkan perniagaannya.

Misalnya bagi tujuan korban dan akikah, mereka menyediakan perkhidmatan sembelihan dan katering bagi pelanggan.

“Malah pelanggan juga boleh memilih masakan sesuai dengan selera masing-masing dan terus membawa hidangan terus ke rumah,” katanya.

Selain itu Amal juga menyediakan hidangan kambing golek bagi jamuan dengan harga yang berpatutan.

Pihaknya juga menyediakan perkhidmatan sajian makanan bagi majlis perkahwinan atau kenduri kesyukuran dalam pelbagai pakej.

Walaupun menjalankan perniagaan keluarga, Amal tidak mengabaikan kebajikan pekerjanya.

“Mengambil iktibar semasa bapa menghidap sakit jantung, saya mengambil polisi insurans bagi semua ahli keluarga dan juga pekerja.

“Ini juga sebagai salah satu cara kami menghargai hampir 30 orang pekerja termasuk ahli keluarga,” katanya.

Amal berkata, pekerjanya yang bertungkus-lumus membantu membangunkan perniagaannya perlu diberi penghargaan yang sewajarnya.

Kumpulan JutawanTernak 0 ulasan


Mohd. Asri Ariffin mengurung kambing betina tempatan dengan kambing jantan jamnapuri untuk mendapatkan anak baka kacukan yang lebih baik.


PASIR PUTEH 3 Feb. - Kambing dikatakan ternakan yang mula-mula sekali dijinak dan dipelihara oleh manusia untuk penghasilan daging, susu dan kulit berbanding haiwan ternakan yang lain.

Kambing lazimnya dipelihara secara kecil-kecilan sama ada sebagai ternakan sara diri, mengawal rumpai dan sumber protein bagi keperluan keluarga.

Kambing yang dipelihara secara lepas dikatakan lebih berkhasiat dan bebas daripada pencemaran berbanding dibela dalam kandang.

Ketika ini, industri ternakan kambing yang ada hanya mampu menyumbangkan antara 12 hingga 15 peratus keperluan daging dalam negara.

Statistik Jabatan Veterinar mencatatkan lebih 95 peratus kambing termasuk bebiri dipelihara bagi tujuan pengeluaran daging, sementara bakinya adalah untuk pengeluaran susu dan ada juga sekadar diperaga atau dijadikan 'haiwan kesayangan.'

Di Kelantan, pada suatu ketika dahulu memang terkenal dengan penganjuran program pertandingan atau 'bertewah' kambing dan biri-biri sebagai majlis sampingan untuk memeriahkan pelbagai program kemasyarakatan yang dianjurkan oleh pihak tertentu.

Pertandingan yang dianjurkan itu turut mendorong orang ramai menternak pelbagai jenis dan baka kambing sama ada kambing import atau tempatan bagi mengisi masa lapang mereka.

Malah ada yang sanggup membeli baka kambing dengan harga mahal semata-mata untuk melihat keunikan haiwan itu dari bentuk paras rupa, tanduk, janggut, kekemasan bulu dan kelincahan untuk diperagakan.

Namun, hari ini penternakan kambing bagi tujuan pertandingan semakin dilupakan apabila nilai komersial daging dan susunya lebih mahal berbanding daging lembu.

Hobi menternak kambing untuk pertandingan kini bertukar kepada penternakan lebih komersial walaupun ia diusahakan secara kecil-kecilan.

Bagi pengusaha anak benih pokok hiasan di Gong Kedak, dekat sini, Mohd. Asri Ariffin, 43, mempunyai pendekatan berbeza yang memelihara kambing bukan sahaja untuk dapatkan najisnya bagi dijadikan baja organik tetapi juga dikomersialkan.

Langkah ini, sekali gus membantu dia mengurangkan kos pengurusan membaja pokok hiasan yang usahakan, ditambah pula harga baja kimia semakin meningkat di pasaran.

Mohd. Asri berkata, ternakan kambing tersebut bersifat 'serampang dua mata' iaitu selain memperoleh baja asli untuk pokok hiasan, dia juga boleh mendapat keuntungan tambahan dengan memasarkan daging serta susu kambing berkenaan.

"Tempahan susu segar amat memberangsangkan terutama di kalangan pesakit kuning. Jjika diusahakan secara besar-besaran, ia diborong syarikat pengeluar minuman susu kambing yang kian berkembang di negara ini.

"Pada saya, semua dimiliki kambing adalah bermanfaat kepada manusia.

"Pada awalnya, saya menternak haiwan itu sebagai hobi dan akhirnya mendapati najis memang bermanfaat dalam industri pertanian khususnya bagi penghasilan baja organik," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini.

Selain menjual pokok hiasan, Mohd. Asri juga merupakan seorang perunding dan pereka landskap yang mendapat tempahan daripada jabatan kerajaan, sekolah dan orang perseorangan sekitar negeri ini dan Terengganu.

Pengalamannya dalam bidang penanaman pokok hiasan dan landskap sejak 15 tahun lalu turut membolehkannya memberi khidmat nasihat kepada mereka berminat untuk menyerikan halaman rumah mereka.

Mengenai ternakan kambingnya, Mohd. Asri berkata, ia adalah percubaan terbaru yang diusahakan sejak tiga tahun lalu dengan mempelbagaikan baka haiwan itu.

"Saya memelihara pelbagai spesies kambing termasuk jamnapuri dan tempatan. "Saya cuba kacukan untuk hasilkan baka lebih tahan kepada serangan penyakit.

"Setakat ini, saya hanya memiliki 40 kambing. Ia gagal dibiakkan dalam jumlah yang banyak kerana setiap kali induk kambing mengandung, ia ditempah pembeli. Kambing matang pula dibeli untuk dibuat akikah.

"Bagaimanapun, saya hanya menjual anak-anak kambing lepas susuan dengan harga RM300 hingga RM450 seekor bergantung kepada spesies dan saiz," katanya.

Katanya, dia mengusahakan kambing tersebut dalam kandang yang dibina di belakang rumahnya, sementara makanannya adalah pelbagai jenis daun, rumput dan jerami padi.

Katanya, memandangkan ternakan kambing itu hanya diusahakan di belakang rumah, dia turut dibantu isterinya, Rosmawati Wan Ismail, 36.

Kumpulan JutawanTernak 0 ulasan


pelatih Sekolah Henry Gurney bergilir-gilir membersihkan kandang Projek Ternakan Lembu Tenusu.


KENINGAU 23 Jun - Sekolah Henry Gurney (SHG) merupakan sebuah institusi dalam Jabatan Penjara Malaysia yang ditubuhkan bagi mengurung pesalah berusia antara 14 dan 21 tahun setelah mendapat Perintah Mahkamah Juvana.

Apabila disebut SHG, secara sinikalnya akan wujud perspektif kurang manis dalam kalangan orang ramai, seolah-olah penghuninya terlalu jahat dan langsung tidak mempunyai peluang untuk memperbaiki diri.

Persepsi itu silap kerana SHG selain berfungsi sebagai pusat tahanan ia juga secara holistiknya bertujuan memulihkan penghuninya, selari dengan dasar penubuhannya untuk membentuk sikap keperibadian penghuninya ke arah kesempurnaan kehidupan bermasyarakat yang sejahtera dan produktif kepada negara.

Moto SHG iaitu RESURGAM bermaksud We Shall Rise Again (Kami akan bangkit semula) memberi makna bahawa penghuninya sedia menerima pemulihan dan menuju ke tempat yang lebih baik sebagai rakyat berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Sebagai sebuah institusi yang ditubuhkan khas bagi memperbaiki akhlak penghuni yang telah terpesong, sekolah ini menitikberatkan kepada dua bentuk latihan yang berlainan iaitu vokasional dan akademik.

Selari itu, SHG Keningau di sini merupakan antara pusat pemulihan yang berdaya saing apabila secara inovatif menyasarkan untuk menjadi salah satu organisasi pengeluar hasil tenusu berskala besar.

Ia sekali gus mampu menjana pendapatan lumayan bukan sahaja kepada sekolah itu tetapi mampu memantapkan kesiapsiagaan penghuninya apabila keluar kelak.

Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Komisioner Jeneral Datuk Zulkifli Omar berkata, Projek Ternakan Lembu Tenusu SHG itu amat baik dan berpotensi menjadikannya sebagai sebuah institusi contoh.

"Saya yakin hasrat SHG untuk menjadi pengeluar tenusu berskala besar akan menjadi kenyataan atas bimbingan jabatan berkaitan dan beberapa penternak berjaya di daerah tersebut," katanya sempena lawatan kerja bagi meninjau projek itu di sini, baru-baru ini.

Terdahulu, Pengarah SHG Keningau, Jorennedy Sylvester dalam taklimatnya berkata, projek ternakan lembu berkenaan merupakan sebahagian daripada salah satu pelan induk Jabatan Penjara Malaysia dalam tempoh 2009 hingga 2010 untuk menjana pendapatan berskala besar perkhidmatan dalam pelbagai bidang.

Katanya, objektif utama projek berkenaan ialah untuk menggiatkan program pemulihan daripada sudut kemahiran, selain mewujudkan perusahaan produk berskala besar.

Jelas Jorennedy, sekolah itu telah mengambil keputusan merealisasikan projek berkenaan memandangkan ia mempunyai keluasan tanah kira-kira 36 hektar, iaitu kira-kira 20 hektar daripadanya masih belum diterokai.

"Sekolah ini juga mempunyai 115 pegawai dan 186 penghuni, yang mana dua orang daripada pegawainya pernah mengikuti kursus berkaitan penternakan lembu tenusu," katanya.

Sebagai persediaan untuk mengembangkan lagi projek berkenaan kepada yang berskala besar, beliau berkata, ladang tersebut kini mempunyai fidlot lembu untuk kapasiti 30 ekor lembu, kandang anak lembu, pusat perahan susu dan unit pemerah susu, stor baja dan racun serta padang penanaman rumput seluas empat hektar.

"Ladang SHG mempunyai potensi tinggi dan berdaya saing kerana mempunyai kemudahan bagi mendapatkan bekalan lembu dan baja serta ubat-ubatan ternakan di Stesen Jabatan Haiwan dan Perusahaan Ternak yang berhampiran, selain mempunyai akses penuh kepada khidmat nasihat pakar dalam bidang berkenaan," katanya.

Bagaimanapun, katanya, salah satu cabaran yang harus dihadapi oleh sekolah berkenaan dalam menjalankan projek tersebut adalah kos penyelenggaraan makanan dan baja yang tinggi serta serangan penyakit haiwan tenusu.

"Ia bukan penghalang, sebaliknya akan dijadikan pemangkin untuk menghasilkan terbaik. Potensinya amat tinggi, tambahan pula ia merupakan projek berskala besar pertama Jabatan Penjara, malah ia juga mampu menghasilkan produk hiliran lain seperti biogas," katanya.

Jorennedy berkata, projek permulaan yang mempunyai 30 ekor lembu itu dijangka akan menghasilkan pendapatan tahunan sebanyak RM270,000, manakala kos operasi yang merangkumi perbelanjaan makanan lembu dan baja rumput bagi kapasiti 30 ekor lembu berkenaan ialah RM73,200.

"Ini bermakna, projek berkenaan dijangka mampu menghasilkan untung kasar sebanyak RM196,800 untuk setahun," katanya.

Sehubungan itu, katanya, SHG Keningau memohon kepada Jabatan Penjara untuk menambah peruntukan sejumlah RM150,000 lagi bagi mengembangkan projek berkenaan.

Dalam usaha menjayakan projek berkenaan, sekolah tersebut telah menerima sokongan dan bantuan Jabatan Haiwan dan Perusahaan Ternak di daerah ini.

Kumpulan JutawanTernak 0 ulasan




HARAP MAAF.
PROMOSI BULAN OKTOBER 2011

STOK 5000 EKOR LEMBU KORBAN TAHUN 2011 KINI SUDAH HABIS UNTUK JUALAN SEGERA.
TERIMA KASIH DIATAS SOKONGAN ANDA

KEMASKINI 10 OKTOBER 2011

PEMBELIAN MINIMUM ADALAH 10 EKOR. DIGALAKKAN PEMBELIAN BERKUMPULAN ATAU BERPAKAT MEMBELI AGAR DAPAT MEMBUAT PENGHANTARAN DIDALAM 30 EKOR LEMBU BAGI SATU DESTINASI. SILA HUBUNGI EN MAD 017-3837504


BILTARIKHLOKASI PENGHANTARANJUMLAH EKORSTATUS
121-Sep-11Sg Pelek Sepang, Selangor120 Ekor
( 4 Lori)
SELESAI
225-Sep-11Hj. Mustapa-Melaka 35 Ekor
( 1 Lori)
SELESAI
327-Sep-11Koperasi Kakitangan Awam Kedah 100 EkorSELESAI
429-Sep-11Pn. Zainab- Mersing, Johor240 ekor
( 8 Lori)
SELESAI
51 Okt2011Hj. Ibrahim, Cherating, Pahang90 Ekor
(3 Lori)
SELESAI
64 Okt2011Felda Lubuk Merbau20 EkorSELESAI
720 Okt011Parlimen Pekan, Pahang2000 EkorTEMPAHAN KHAS
kemaskini - 10 Oktober 2011 / 11 pm

Kumpulan JutawanTernak 0 ulasan


TANGGAL 10 Zulhijah yang bakal menjelang tidak lama lagi sentiasa dinanti umat Islam di seluruh dunia kerana bermula hari itu diikuti tiga hari tasyrik, ibadat korban dilakukan dengan penyembelihan haiwan seperti unta, lembu, biri-biri dan kambing.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat ihsan ke atas tiap-tiap sesuatu dan apabila kamu menyembelih, sembelihlah dengan cara paling sempurna, tajamkan pisau kamu supaya haiwan itu cepat dan mudah mati. (Hadis riwayat Muslim)

Islam ialah agama peradaban yang bukan hanya menggariskan prinsip moral dalam interaksi sesama manusia malah mencakupi interaksi dengan makhluk lain termasuk haiwan.
Menjelang ibadat korban yang bakal dilakukan nanti, sudah tentu ribuan atau jutaan haiwan korban akan dikeluarkan dari ladang serta pusat penternakan haiwan bagi memenuhi kehendak pasaran melalui darat, udara, air menggunakan kenderaan seperti lori, kapal terbang dan kapal laut.

Islam menitikberatkan kebajikan haiwan sewaktu dibawa menempuh perjalanan. Haiwan yang dibawa menaiki kenderaan perlu dipastikan keselamatannya. Haiwan tidak boleh dibiarkan dalam kenderaan bersesak-sesak hingga menimbulkan ketidakselesaan yang membawa kecederaan.

Jika perjalanan itu menempuh masa panjang, haiwan itu perlu diberi makan dan minum secukupnya. Begitulah indahnya adab dan ihsan dalam ajaran Islam walaupun kepada haiwan.

Amalan mengambil berat kebajikan dan melayani haiwan secara wajar ini dijanjikan pahala oleh Allah. Sahabat bertanya kepada Rasulullah: Ya Rasulullah, adakah kami mendapat pahala dengan melayani dan menyayangi haiwan ini? Rasulullah menjawab: Menyayangi setiap makhluk hidup itu berpahala. (Hadis riwayat Muslim)
Sementara itu, dalam hadis lain, Rasulullah SAW menjelaskan kemurkaan Allah terhadap perbuatan seorang wanita yang menganiaya seekor kucing dengan mengurungnya serta tidak memberi makan, minum dan tidak dilepaskan untuk mencari makanan sendiri. (Hadis riwayat Muslim)

Islam menetapkan adab sembelihan yang melambangkan kemurnian Islam sebagai agama kasih sayang. Rasulullah SAW melarang sahabat menajamkan pisau di hadapan haiwan yang hendak disembelih.

Dalam satu riwayat lain, Saidina Ali melarang penyembelihan seekor biri-biri di hadapan sekumpulan biri-biri lain. Peristiwa ini membuktikan ajaran Islam mengambil berat kebajikan haiwan dengan menjaga emosi mereka daripada ketidakselesaan walaupun di saat akhir hayat.

Penyembelihan dalam Islam juga ialah untuk mematikan haiwan dengan cara yang meminimumkan kesakitan. Kajian saintifik diketuai Profesor Wilhelm Schulze dari Jerman mendapati kaedah sembelihan dalam Islam terbaik kerana haiwan tidak mengalami kesakitan sewaktu disembelih berbanding kaedah stunning yang digunakan beberapa negara Barat.

Hasil pemerhatian Profesor Temple Grandin dari Universiti Negeri Colorado, juga mendapati haiwan yang disembelih menggunakan pisau yang tajam dengan kaedah betul memberikan reaksi tenang dan berada dalam keadaan tidak sedar ketika sedang disembelih.

Hikmah di sebalik amalan sunat sewaktu penyembelihan juga menunjukkan ihsan ajaran Islam terhadap haiwan. Amalan memalingkan haiwan sembelihan ke arah kiblat serta bacaan bismillah dan selawat ke atas nabi ialah penghormatan diberikan Islam kepada makhluk Allah.

Kumpulan JutawanTernak 0 ulasan

Kesihatan Dan Kawalan Penyakit

Mengenal pasti kambing sakit atau sihat adalah penting.

Sakit

Sihat

monyok dan kelihatan tidak bermaya

kelihatan segak dan cergas

tidak mahu makan

berselera makan

mengasingkan diri

sentiasa berada dalam kumpulan

membuat bising

-

tahi tidak bulat

tahi keras dan bulat

bulu kering dan meremang

kulit licin dan bulu berkilat

kurus kering

tidak kurus

Penyakit dan gejala-gejala yang biasa ditemui dalam permeliharaan kambing adalah:

Penyakit

Tanda-Tanda

Pencegahan

Ubat/Rawatan

Puru (Contagious Ecthyma) disebakan oleh virus, menyerang anak-anak kambing yang masih menyusu

anak-anak kambing menjadi kurus dan lemah kerana susah hendak makan. terdapat gelembung-gelembung yang mengandungi air pada bahagian kulit lembut, mulut, gusi dan juga bibir. Bila gelembung-gelembung ini pecah, ianya akan menjadi keruping dan kadangkala merekah dan berdarah.

vaksinasi sernasa berurnur di antara 3 minggu - 1 bulan dan sekali lagi 3 atau 4 bulan selepas vaksinasi pertama.

Mengasingkan anak-anak karnbing yang berpenyakit untuk menjauhi jangkitan dari gelernbung yang telah pecah. Mernbersih dan mengubat luka-luka akibat dari gelembung yang pecah dengan menggunakan iodine atau 'gentian violet' (ubat biru).

Kembung

Kembung terjadi apabila terdapat banyak gas (angin) di dalarn perut. Keadaan ini adalah disebabkan oleh bahan-bahan yang banyak mengandungi bahan nitrogen seperti kekacang.

  • Mengeluarkan air liur
  • Perut buncit terutarna di sebelah kiri
  • Bunyi dentuman yang kuat apabila diketuk
  • Pernafasan yang susah
  • Keadaan gelisah, bising, mengernbik dan kerap buang air kecil
  • i. mengurangkan memberi kekacang dan bahan-bahan yang mernpunyai kandungan nitrogen yang tinggi
  • ii. Memelihara padang ragut supaya tidak lebib dari 50% kekacang

  • i. Memberi makan minyak kacang.
  • ii. Minyak sayur/minyak jagung.

Paru-paru/Selsema/Sejuk (Pneumonia)

Batuk basah - disebabkan serangan bakteria yang menyerang kambing, ketika berada dalam keadaan tenat seperti kesejukan, perudaraan yang kurang baik dan kesesakan dadanya.

  • Kelihatan moyok dan mengasingkan diri
  • Lemah dan tidak terdaya
  • Menjadi kurus
  • Pernafasan cepat
  • Kadangkala terbunyi batuk dan terdapat bendalir keluar dari hidung seperti hingus. Tekanan yang berlebihan boleh menyebabkan kematian
  • Asingkan supaya tidak berjangkit
  • Menjaga kebersihan kandang supaya tidak lembab
  • Elakkan ia berhujan


Cirit-birit (Diarrhoea)

  • Cacing
  • Protozoa (koksidia)
  • Kuman
  • Salah makan.
  • Najis cair dan tidak berbentuk bulat seperti biasa
  • Kotor dan basah di sekeliling pangkal ekor
  • Kambing akan kelihatan moyok dan mengasingkan diri
  • Kadangkala najis berbau busuk
  • Memberi ubat cacing untuk mengurangkan beban cacing
  • Menjaga keadaan kandang supaya bersih dan tidak dijangkiti kuman merbahaya
  • Mernberi makanan yang betul. Jika hendak menukar makanan hendaklah dibuat secara beransur-ansur
  • Memberi banyak air terutarna yang mengandungi glukos(gula)
  • Memberi ubat yang bolch mengurangkan berak seperti 'kaolin' yang boleh mengalas kulit perut
  • Ubat pembunuh kuman ataupun cacing

Kurang Darah (Anaemia)

Kekurangan darah adalah satu keadaan di mana bilangan sel-sel darah merah kurang daripada biasa.

  • Muka pucat
  • bibir, gusi dan lidah yang pucat
  • lapisan dalam kelopak mata juga keputihan
  • Lemah
  • Bulu meremang
  • Badan kurus
  • Memberi makanan yang cukup dan berzat
  • Menambahkan zat besi
  • Memberikan vitamin untuk selera makan
  • Ubat cacing
  • Pembasmian kutu


Kancing Gigi

disebabkan oleh racun sejenis kuman yang boleh merosakan saraf. Ini biasa terjadi apabila terdapat luka-luka kecil badan/kulit ternakan itu. Kemung kinan termasuk kotoran di mana kuman ini dapat membiak

  • Keseluruhan badan menggigil dan menggeletar yang tiadak boleh dikawal. Keempat-empat kaki akan menjadi lurus, tegang dan keras
  • Mulut akan terkancing (kancing gigi) dan kepalabiasanya mendongak ke atas. Kalau terjadi semasa berdiri, ianya akan tumbang
  • Tanda-tanda ini menjadi lebih teruk apabila terdapat rangsangan bunyi yang kuat dan juga cahaya yang terang
  • Suntikan toxoid semasa 3 bulan
  • Mengubat luka-luka terutarna 'puncture wound'

  • Tetanus antitoxin dan toxoid
  • Ubat pelali

Luka-luka

Luka boleh disebabkan oleh benda-benda yang tajam. Walaupun ianya dianggap ringan tetapi jika tidak diberi perhatian akan menjadi busuk dan berulat.


  • sekeliling kudis dicukur dan dicuci bersih dengan ubat kuning (iodine) supaya tiada terdapat kekotoran dan habuk
  • Sapukan ubat 'lorexane' pada luka
  • Semburkan ubat penjauh lalat seperti 'gusanex' ataupun 'negasunt'


Kurap

Kurap boleh terjadi disebabkqn oleh kulat atau ektoparasit (mange)

Keguguran bulu pada beberapa bahagian tubuh dan kadangkala disertai dengan kudis-kudis yang bernanah kerana parasit ini menggali lapisan kulit menyebabkan gatal dan kerosakan akar rambut.


Kurap yang disebabkan oleh kulat boleh disapu dengan iodine

kurap yang disebabkan oleh 'mange' pula dikehendaki untuk dirawat dengan ubat serangga seperti I% larutan malathion yang membunuh parasit dewasa.

Rawatan hendaklah diulangi tiap-tiap 10 - 14 hari selarna 3 kali.

Buruk Kuku

Keadaan tempat yang lembab membawa penyakit ini. la disebabkan serangan bakteria pada kuku.

  • Kambing kelihatan tempang
  • Celah tapak kaki diperantaraan kukunya bengkak dan berbau busuk.

Kuku yang buruk dipotong dan kaki dibasuh bersih. Kuku tersebut direndam di dalam 5% formalin atau 10% Kuprum Sulfat (CuSO4) sekali sehari selama 3 hari.

Pembiakan

Kaedah Pembiakan dilakukan dengan dua cara iaitu:

  • menggunakan baka jantan
  • melalui permanian beradas

Kebaikan dan kesulitan permanian beradas adalah:

Kebaikan

Kesulitan

dapat mengawal penyakit kelamin pada ternakan

penentuan biang dan waktu permanian

kegunaan sepenuhnya baka-baka terpilih

menentukan teknik-teknik semasa menyuntik airmani adalah betul

air mani dari baka yang baik boleh disimpan dan digunakan walaupun baka tersebut telah mati

boleh menyebabkan kerosakan pada alat peranakan jika teknik dilakukan tidak betul atau kasar

mengurangkan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung dalam pemeliharaan baka-baka jantan


Umur dan Berat Badan Untuk Mula Membiak

  • mula membiak apabila mencapai umur sembilan bulan
  • pada umur ini, perkahwinan adalah tidak disyorkan kerana terlalu muda.-tidak akan menghasilkan anak yang baik
  • 1 - 1 1/2 tahun - berat badan adalah 20 - 25 kg

Pengenalan Berahi

Berahi menunjukkan betina sudah matang dan boleh dlikahwinkan.
Tanda-tanda berahi:

  • tidak tenang (gelisah)
  • mengibas-ngibaskan ekor dan menggosok-gosok badan ke kandang
  • mengembek terus menerus
  • sering kencing
  • kemaluan membengkak/keluar lendir kemerahan

Lama masa berahi 12 - 48 jam dengan siklus (edaran) berahi 18 - 24 hari, puratanya 20 hari

Jangka Masa Bunting

Tempoh kebuntingan selama 145 - 155 hari atau puratanya 151 hari. :

Jarak Kelahiran

Jarak kelahiran yang biasa didapati pada kambing-kambing di Malaysia adalah selama di antara 207 - 259 hari. Dengan kadar kelahiran kembar sebanyak 50% adalah dijangka purata anak yang boleh diperolehi dalam setahun ialah 1.3 atau 1.5 ekor untuk seekor ibu.


Kumpulan JutawanTernak 0 ulasan

Makanan Dan Minuman
Diperlukan untuk pembesaran, pembiakan, kesihatan dan akan menentukan untung ruginya sesuatu perusahaan ternakan. Makanan hijauan mempunyai kandungan air yang tinggi, ia merupakan sumber tenaga, vitamin dan mineral. Konsentrat mempunyai kandungan bahan kering yang tinggi, ia kaya dengan protein, lemak, mineral dan menjadi sumber tenaga. Jika tidak mencukupi dan tidak seimbang ianya boleh menyebabkan penyakit kepada ternakan.

Makanan yang seimbang mengandungi zat-zat berikut:
Zat Makanan Keterangan
Protein membina otot-otot yang kuat dan juga untuk proses pemulihan
Karbohidrat (kanji) pembesaran.
Vitamin Diperlukan sedikit sahaja tetapi penting. Jika tidak seimbang boleh membawa gejala-gejala penyakit yang ketara dan menyebabkan ternakan lebih peka kepada sesuatu jenis penyakit.
Mineral Garam galian diperlukan untuk pertumbuhan tulang, gigi dan kesihatan. Ini termasuklah garam galian seperti kalsium, phosphorus, natrium dan sebagainya. contoh.
  • garam biasa
  • garam jilat
  • dicalsium fosfat
  • tepung tulang
  • tepung ikan
Air juga adalah penting dalam pemakanan, ia bukan sahaja perlu untuk kawalan suhu badan, tetapi juga perjalanan zat dan membantu di dalam pengambilan zat oleh badan.



Rumput dan Kekacang

Rumput dan kekacang adalah bahan hijauan yang penting . Rumput dan kekacang pada umur yang sesuai, bukan sahaja mempunyai nilai pernakanan dan zat yang penting, tetapi juga mempunyai bahan gentian yang penting bagi mengeluarkan susu yang berlemak.Kuantiti yang banyak di samping adanya. gentian kasar dapat merangsang perut besar supaya menjadi lebih cekap dalarn penghadaman.Bagi bahan hijauan seperti rumput atau kekacang, seekor kambing dewasa mernerlukan di antara 4.5 kg bahan basah sehari. Di antara jenis-jenis rumput dan kekacang yang baik yang boleh digunakan sebagai bahan makanan kambing adalah:
  • Rumput Guinea (Panicum)
  • Rumput Gajah (Panisetum purpureurn)
  • Rumput Setaria
  • Kekacang: lpil-ipil/Petai Belalang (Leucaenia leucocephala).
Rumput-rumput natif dan tanaman tempatan boleh juga digunakan sebagai sumber makanan untuk kambing di antaranya adalah:
  • Daun ubi-hendaklah dilayukan dahulu sebelum diberi makan untuk mengurangkan kandungan racun 'cyanide' yang terdapat pada daun tersebut.
  • Daun nangka-disukai oleh kambing sesuai untuk penggernukan.
  • Rumput nyonya (akar ruas-ruas)-tidak boleh diberikan terlalu banyak kerana boleh menyebabkan kernbung.
  • Daun turi
  • Glyricidia maculata
  • Daun mengkudu (Merinda citriplia)
  • Daun pisang - disukai terutama yang muda
Makanan Tambahan (Konsentrat)

Makanan tambahan ini penting terutama sekali semasa bunting, sedang menyusu dan anak kambing Yang mengikut induknya. lbu bunting atau Yang mengeluarkan susu diberi sebanyak 1/2 - 3/4 kg. sehari manakala ibu Yang kering dan anak-anak membesar diberikan sebanyak 1/4 kg. sehari.

semasa cerai susu di mana tekanan akibat penceraian susu dan penyesuaian makanan mungkin berlaku. Anak kambing boleh diberi makanan tambahan beransur-ansur mulai umur I - 1.5 bulan.

Makanan penguat diperolehi dari dedak halus, jagung, bungkil kelapa, bungkil kacang tanah, hampas tauhu clan sebagainya. Sebagai panduan makanan tambahan ini boleh dibuat dengan campuran dedak dan bahan-bahan sampingan pertanian, seperti:

i. 2 bahagian jagung
  • I bahagian sekam atau dedak
  • I bahagian hampas kelapa kering
ii. 40 kg. dedak halus
  • 39 kg. tepung jagung
  • 18 kg. bungkil kelapa
  • 3 kg. campuran mineral (garam galian)

Garam Galian (mineral)

Garam galian yang dibeli, bolehlah diikat pada dinding atau diletak di dalam bekas tertentu. Ini hendaklah sentiasa disediakan supaya kambing boleh mengambilnya bila-bila .masa sahaja terutamanya pada induk kambing bunting.Keadaan cuaca yang panas akan menggalakkan pengambilan air yang lebih terutamanya kepada kambing baka susu. Banyaknya air yang diminum bergantung kepada beberapa faktor seperti pengambilan bahan kering (dry matter intake), cuaca sekeliling, jenis makanan, suhu air dan keadaan fisiologi kambing sendiri. Kebiasaannya nisbah bahan kering dan air ialah I : 4.

Kumpulan JutawanTernak 0 ulasan

Pemilihan Kawasan

  • Pemilihan kawasan untuk menjalankan pemeliharaan adalah penting. Kawasan-kawasan yang dipilih sepatutnya:
  • Mempunyai tempat teduh dan redup seperti pokok-pokok besar dan juga pokok yang boleh dijadikan pemecah angin.
  • Kawasan tanah yang tinggi dan dataran serta mempunyai sistem pengaliran air dan udara yang baik.
  • Jauh dari jalan raya yang sibuk.

Perumahan

Perlu untuk pemeliharaan kambing di Malaysia, kerana keadaan cuaca hujan dan panas terik menyebabkan ternakan perlukan perlindungan.

Kedudukan rumah/kandang-kandang ini boleh dibuat supaya:
  • Mengurangkan keperluan bergerak terutama dalam memberi makanan. Contohnya, kawasan ragut/sumber makanan (stor) mestilah dekat dengan kandang.
  • Jika hendak membina lebih dari satu kandang, jarakdi antara dua kandang hendaklah sekurang kurangnya sama dengan lebar kandang tersebut. Ini adalah untuk menjauhkan jangkitan penyakit.

Contoh Pelan Kandang:

  1. Pandangan Sisi
  2. Pandangan Serong
  3. Pelan Ringkas
  4. Pelan Ringkas- Pandangan hadapan
  5. Pelan ringkas-80 100 ekor Kambing
  6. Kandang Kambing Berlantai bawah
  7. Pelan Kandang-15-20 ekor
  8. Pelan Bangsal kambing

Keperluan-keperluan penting untuk pembinaan kandang

  • Sistem pengudaraan yang baik bagi menyejukkan udara di dalam kandang
  • Membenarkan cahaya matahari yang cukup untuk masuk ke dalam kandang terutama matahari pagi. Kedudukan kandang arah Utara-Selatan
  • Tidak mudah menjadi lembab. Sistem perparitan yang baik di sekeliling kandang
  • Tidak terkena angin yang kencang
  • Terpelihara dari hujan dan panas
  • Kotoran/najis dapat dikumpulkan dan diangkut keluar
  • Ruang makan dan minum mencukupi
  • Lantai adalah sesuai dan ticlak membahayakan ternakan, seperti terseliuh atau patah tulang.ketara membawa kesan buruk kepada karnbing contohnya sebaran penyakit

Pembinaan Kandang

Kandang boleh dibuat di atas tanah ataupun secara berlantai. Pembinaan kandang yang berlantai tinggi dari tanah adalah disyorkan kerana mempunyai sistem pengedaran udara yang baik dan juga senang dicuci.


Lantai

Lantai hendaklah -

  • tahan lama
  • misalnya tahan dari semburan bahan kimia dan air kencing
  • mudah dicuci
  • tidak licin
  • tidak mencederakan
  • tidak mudah lembab
  • Lantai hendaklah dibuat dari bahan yang sesuai seperti beroti yang berukuran 1.5 s.m. (tebal) dan 3.5 s.m. (lebar), buluh atau batang pinang yang dibelah, anak-anak kayu dan juga papan biasa. Supaya kencing dan najis senang jatuh ke bawah, kayu atau papan lantai diatur dengan j arak 1.2 - 1.8 s.m. tiap-tiap satu. (Jika terlampau luas berkemungkinan kaki anak kambing akan tersepit).
  • Luas kawasan lantai untuk satu ekor kambing dewasa ialah di antara 0.7 - 1.4 meter persegi (8 - 15 kaki persegi).

Dinding

  • Dinding hendaklah dibuat dari bahan yang tahan lasak. Ini adalah kerana kambing mempunyai tabiat suka menanduk, menggigit dan menggeser dinding. Bahan-bahan yang boleh digunakan ialah buluh, kayu bulat (kayu hutan) dan papan.
  • Dinding boleh dibahagikan kepada dua bahagian:
  • Dari lantai sehingga kira-kira 1 m keatas boleh dibuat daripada papan, dengan jarak yang lebih rapat antara 1.5-2.0 s.m. yang memerlukan ruang yang agak tertutup untuk mengelakkan kesejukan.
  • Di atasnya bolehlah digunakan kayu beroti,buluh atau nipah dan anak-anak kayu. Jaraknya di antara satu dengan yang lain 9 - 12 s.m.

Bumbung

Bahan-bahan yang boleh dibuat burnbung termasuklah:
  • Nipah - bagus untuk sistern pengedaran udara dan lebih menyejukkan. (Pada umumnya terdapat kejadian kambing memakan serpihan nipah)
  • Zink - mudah dipasang tetapi boleh menyebabkan suhu kandang terlalu panas, terutarnanya jika tidak ada pokok-pokok pelindung sekitarnya. Jika menggunakan atap zink, ruang di antara lantai dan burnbung hendaklah ditinggikan untuk pengedaran udara yang baik
  • Asbestos - bahan yang paling baik untuk dijadikan burnbung tetapi ianya mahal sedikit. la tidak saja menyejukkan tetapi juga tidak mudah terbakar
  • Aluminium - dapat mengurangkan kesan haba tetapi harga agak mahal

Palung Makanan

Palung makanan boleh dibuat sama ada di bahagian luar ataupun bahagian dalam iaitu di sepanjang jalan tengah. Lebar palung bahagian bawah ialah 0.3 m dan 0.45 m di bahagian atas. Bagi kandang yang tiada palung makanan, rumput diikat pada 0.5 cm dari paras lantai. Air Yang secukupnya hendaklah disediana dalam baldi atau besen.